PADA 10 MEI 2011 TELAH DIADAKAN KURSUS/BENGKEL PEMURNIAN DATA SISTEM AUTOMASI PENGURUSAN PROGRAM NILAM SECARA ATAS TALIAN (i-NILAM) KELOMPOK PKG AYER LANAS DAN PKG JELI KALI PERTAMA. MESYUARAT TERSEBUT DIADAKAN DI BILIK SEMINAR/KURSUS PKG AYER LANAS (SK GEMANG). PENCERAMAH JEMPUTAN IALAH ENCIK KAMARUDDIN IAITU PTP PKG DABONG DAN ENCIK ZULKHAIRIL BIN MUSTAPHA IAITU FT 17 PKG GUA MUSANG.
 MAJLIS BERMULA PADA PUKUL 9.00 PAGI DENGAN PENDAFTARAN GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH (GPMS) KELOMPOK PKG AYER LANAS DAN PKG JEL.Bengkel Pemurnian Data system Automasi Pengurusan Program Nilam secara atas talian (i-Nilam) yang dihadiri oleh 12 orang guru GPMS ini bertujuan untuk membantu guru-guru tersebut dalam mengisi data-data berkaitan PSS ke dalam system yang disediakan melalui Tarantula.
Bengkel ini juga dilaksanakan bertujuan untuk memdedahkan guru-guru GPMS mengenai IQPSS, i-Nilam dan juga PS-Sentral yang perlu diisi oleh guru-guru untuk memastikan penarafan bintang boleh dinilai di akhir sesi persekolah yang bertujuan untuk menilai keberkesanan PSS dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
 Melalui IQPSS guru GPMS boleh melihat aliran kerja yang disediakan. Dimana system tersebut disediakan bagi memudahkan GPMS membuat tindakan ke atas PSS serta aduan yang berkaitan untuk diambil tindakan oleh PKG, BTPN dan seterusnya di panjangkan ke BTP. Bagi i-Nilam pula ia adalah bertujuan untuk menilai dan membuat penarafan Nilam bagi tahun semasa. PS-Sentral pula bertujuan untuk mengisi data buku yang terdapat di dalam PSS sesebuah sekolah. Ia akan memudahkan lagi system pinjaman buku yang dilaksanakan di sekolah.
MAJLIS BERSURAI DENGAN JAMUAN TENGAH HARI.
Lihat foto galeri:






































